Artikel

Kerajaan Teruskan Subsidi Ayam – Tetapkan Harga Siling Pada RM9.40

MAFI, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan kini memaklumkan kerajaan telah mengambil kesepakatan untuk tidak mengapungkan harga ayam, sebaliknya akan meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam pada kadar RM9.40 sekilogram – bagi Semenanjung mulai 1 Julai kelak.

Pada masa yang sama, kerajaan juga bersetuju untuk menetapkan harga siling runcit telur pada pasaran, di mana;

  • Telur Gred A – RM0.45 sen/biji
  • Telur Gred B – RM0.43 sen/biji
  • Telur Gred C – RM0.41 sen/biji

Melalui pelaksanaan ini, ia sekaligus menunjukkan peruntukan subsidi RM369.5 juta tersedia, secara langsung menjadikan jumlah keseluruhan subsidi negara RM1.1 bilion sejak awal Februari 2022.

Menerusi usaha itu Kerajaan memaklumkan pihaknya sedaya upaya melaksanakan pendekatan terbaik untuk membantu rakyat negara melalui fasa kenaikan kos ketika ini. Situasi ini tidak hanya terkesan di Malaysia sahaja, tetapi meliputi pasaran global.