Artikel

Carsome, AirAsia Academy Bekerjasama – Rapatkan Jurang Bakat Teknologi Wanita

Carsome, unikorn teknologi automotif negara bersama AirAsia Academy kini mengatur langkah bersama memperkasakan bakat teknologi dalam kalangan golongan wanita di Malaysia.

Agenda menerusi kempen #RatuTech ini bertujuan menggalakkan golongan wanita meningkatkan kemahiran mereka berasaskan permintaan pasaran semasa. Adanya usaha ini ia tidak sekadar merapatkan jurang bakat teknologi tetapi turut meningkatkan peluang ekonomi kepada rakyat negara.

Maka sokongan bersama Carsome ini dilihat akan membantu AirAsia memberi pendedahan meluas kepada orang awam tentang manfaat pengetahuan teknologi pada pasaran negara. Untuk makluman, sekitar 200 wanita yang terdiri daripada kumpulan B40 telah menyertai kempen celik teknologi ini.

Antara penawaran kursus yang dilaksanakan – melibatkan Analisis Data, Pemasaran Digital, Keselamatan Siber, Infrastruktur Pengkomputeran Awan dan Kejuruteraan Perisian, untuk menjadi penganalisis data, pemasar digital, pakar dalam teknologi awan serta pakar keselamatan siber.