Setelah beberapa ketika, kumpulan negara Asia membina rizab pertukaran asing mereka – kini bank pusat kumpulan negara ini perlu memanfaatkan simpanan stok mereka demi meningkatkan semula kedudukan mata wang yang dilihat semakin lemah, berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Sudah pasti Malaysia antara yang terlibat, yang kini mengalami penurunan rizab paling banyak sejak 2015. Diikuti Thailand, mengalami penyusutan rizab kepada RM974.1 bilion setakat 17 Jun. Sementara rizab di Korea Selatan dan India pula alami paras terendah dalam tempoh setahun. Manakala Indonesia pula memperlihatkan rizab paling sedikit sejak dua tahun lalu, November 2020.
Menurut laporan Bloomberg, pengamatan GAMA Asset Management Global mendapati – segelintir negara akan menggunakan instrumen rizab bagi menstabilkan semula mata wang negara mereka. Ini kerana pasaran negara sedar, kelemahan mata wang tidak boleh dibalikkan berbanding dolar AS, namun bank pusat boleh kurangkan tekanan tersebut dengan rizab pertukaran asing.
Berdasarkan sasaran semasa, mata wang Asia berkemungkinan alami tekanan tinggi – susulan potensi kenaikan kadar faedah Fed bakal berlaku pada bulan hadapan. Dijangka akan berlaku kenaikan sekitar 50 mata asas.