Artikel

Fasa Pertama Langkawi Premium Outlet – Dijangka Selesai Akhir Oktober Ini

Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan menikmati kemudahan tempat membeli-belah baharu di Langkawi – di mana Langkawi Premium Outlet (LPO) kini di fasa pertama pembangunan, dijangka siap pada akhir Oktober 2022.

Menurut pemaju Bina Darulaman Bhd, setakat ini tahap penyelesaian peringkat pertama telah mencapai 95% dan LPO telah berjaya memiliki 36 unit penyewaan daripada usahawan tempatan untuk pembukaan operasi kelak.

Manakala bagi fasa kedua projek berkenaan pula, disasarkan dapat diselesaikan menjelang 2024 ini – ia meliputi keluasan keseluruhan 17.40 hektar.

Seperti yang umum ketahui, pembangunan Premium Outlet ini akan menyediakan pelbagai pilihan jualan perniagaan, makanan dan minuman kepada penduduk negara.

Tidak hanya itu ia turut menyediakan kemudahan rekreasi kepada orang awam. Langkah pembukaan ini dilihat berpotensi meningkatkan pasaran buruh negara, disamping meningkatkan ekosistem perniagaan di kawasan eko-pelancongan Malaysia.