Indonesia, terus menjadi kreatif dalam membantu rakyat negaranya apabila kelak akan menggunakan aplikasi pengesanan COVID-19 negaranya iaitu aplikasi PeduliLindungi – membenarkan penduduknya membeli minyak masak bersubsidi.
Erti kata mudah – rakyat Indonesia boleh membeli minyak masak pada harga yang lebih rendah.
Melalui perancangan itu, rakyat Indonesia boleh membeli minyak masak bersubsidi sehingga 10 kilogram pada aplikasi kesihatan. Para pengguna hanya perlu mengimbas kod QR pada aplikasi kesihatan, untuk memastikan status kesihatan mereka bebas dari sebarang gejala dan layak membeli minyak masak bersubsidi tersebut.
Langkah ini menurut Kementerian Penyelarasan Hal Ehawal Pelaburan Indonesia – ia bertujuan memastikan matlamat subsidi negara mereka dapat dicapai pada jualan minyak masak dan memenuhi kebajikan semua pengguna negara.