Ternyata Malaysia antara negara yang memiliki kepantasan pada penyelesaian pembayaran masa nyata di dunia. Mengikut laporan Prime-Time for Real Time 2022 ACI Worldwide, negara adalah antara 5 pasaran dunia yang memiliki kelebihan itu merentasi 48 negara lain.
Pada tinjauan tersebut menurut laporan, Malaysia menunjukkan kepantasan yang luar biasa dalam melaksakan pembayaran masa-nyata di seluruh negara dan memiliki penerapan yang baik dalam kalangan peserta bank dan bukan-bank.
Setakat 2021, negara telah mencatatkan 1.1 bilion transaksi pembayaran masa nyata di mana memperlihatkan berlakunya penjimatan kos yang dianggarkan $434 juta bagi perniagaan serta pengguna. Tidak hanya itu menerusi kepantasan ini ia turut menjana keluaran ekonomi tambahan sekitar $364 juta daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).