Artikel

Kerajaan Setuju Pertimbang Usul Pengecualian Cukai – Pada Industri Agromakanan

Bagi memperkasakan sekuriti bekalan makanan negara, yang ketika ini sedang berdepan pelbagai cabaran global – Kerajaan Persekutuan kini bersetuju mempertimbangkan cadangan untuk mengurangkan atau mengecualikan cukai terhadap industri agromakanan.

Namun penjelasan tindakan tersebut dimaklumkan, akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan tidak lama lagi.

Pada masa yang sama, dengan kesepakatan kerajaan Negeri – pentadbiran negara kini menubuhkan Jawatankuasa Sekuriti Makanan pada pelbagai peringkat.

Usaha itu dilihat seiring dengan agenda Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 dalam memastikan kebajikan semua pihak terpelihara. Berdasarkan kesepakatan itu, ini antara inisiatif yang digariskan;

Selain itu, sebuah Jawatankuasa Khas Penyeragaman Kos Caj dan Fi bagi Pembangunan Infrastruktur Komunikasi di peringkat Negeri juga telah ditubuhkan. Langkah itu bertujuan untuk mengkaji dan mencadangkan penyeragaman kos caj dan fi pada pembangunan infrastruktur komunikasi di seluruh negara.