Artikel

Kos Barangan Pengeluar Meningkat 11.2%

Ternyata Indeks Harga Pengeluar (IHPR), iaitu harga barangan yang diuku pintu kilang telah memaparkan peningkatan 11.2% bagi data Mei 2022.

Kenaikan kos ini, lebih tinggi berbanding data pada April 2022 iaitu 11.0%.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melihat kenaikan itu didorong atas faktor harga komoditi utama yang lebih tinggi. Ia di pacu indeks perlombongan yang meningkat 20.6% berbanding 18.4% pada data bulan sebelumnya.

Selain itu, indeks pertanian, perhutanan dan perikanan turut melonjak 16.7% – di mana didorong kenaikan indeks penanaman tanaman kekal 21.1%, perikanan 11.3% dan tanaman tidak kekal pula 7.8%.

Antara yang turut meningkat juga adalah indeks satur-sayuran seperti kacang panjang, kangkung, kubis bulat dan beberapa item lain.

Berikutan situasi semasa, tidak sekadar Malaysia bahkan beberapa negara lain turut mengalami peningkatan kos yang sama pada tahap pengeluar. Antaranya Thailand dengan kenaikan 13.3%, United Kingdom 15.7%, Korea Selatan 9.7% dan Jepun 9.1%.