Artikel

32% Pelajar Luar Negara Memilih Malaysia, Destinasi Lanjutan Pendidikan – KPT

Sektor pendidikan negara terus menjadi tumpuan pelajar antarabangsa untuk dijadikan pilihan destinasi lanjutan pengajian mereka. Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sekitar 32% pelajar luar negara melaksanakan permohonan tersebut.

Meskipun kadar ini lebih rendah, berbanding jumlah permohonan sebelum berlakunya krisis COVID-19, namun permintaan lanjutan pendidikan itu dilihat semakin meningkat dan mulai positif sejak 2021.

Peningkatan itu turut didorong susulan Kuala Lumpur telah diiktiraf QS World University selaku antara bandar yang berpatutan buat kumpulan pelajar bagi tahun 2018-2019. Ini sekaligus meningkatkan keyakinan  pelajar luar negara akan kos pengajian yang berpatutan di Malaysia.

Setakat ini, sekitar 40,000 permohonan telah diterima negara berhubung lanjutan pengajian pelajar luar negara di Institut Pengajian Tinggi (IPT) negara.