Artikel

MyNews Rugi RM10.22 Juta – Alami Kemerosotan Berturutan

MyNews Holdings Bhd memperlihatkan penurunan selama sembilan suku berturutan pada laporan kerugian bersih mereka – kini mencatatkan RM10.22 juta kerugian untuk suku kedua yang berakhir pada 30 April lalu.

Penurunan ini dicetuskan susulan kos jualan dan perbelanjaan yang terjejas, menjadi lebih tinggi. Tambahan pula prestasi suku tahunan yang dilihat perlahan ini adalah disebabkan peningkatan kos yang perlu ditampung kumpulan bagi mempromosikan 26 cawangan baharu CU pada suku tersebut.

Namun hasil suku tahunan kumpulan telah memaparkan aliran positif dan meningkat 35.74% kepada RM141.10 juta. Dalam tempoh 6 bulan terakhir, kerugian kumpulan mulai mengecil kepada RM18.08 juta berbanding tempoh yang sama pada data 6 bulan sebelum ini iaitu RM19.26 juta.