Socar, salah satu penyedia perkhidmatan sewa kenderaan dari Korea Selatan, kini memfailkan untuk IPO, dan menjual 4.55 juta saham pada nilai 154.7 bilion won, iaitu sekitar RM530 juta. Ini sekaligus menjadikan nilai syarikat Socar pada harga sekitar RM4.1 bilion.
Nilai penyenaraian di Bursa Korea ini adalah sedikit rendah berbanding pendapatan 12-bulan kebelakangan ini, disebabkan oleh cabaran ekonomi dan kesukaran meraih dana di pasaran akhir-akhir ini.
Socar menyasarkan untuk menyenaraikan pada Bursa Korea pada 18 Ogos 2022 kelak, dan dana yang dikumpulkan akan digunakan dalam pengambil-alihan serta kos operasi.
Socar, pada hari ini mempunyai sekitar 7.5 juta pengguna di beberapa negara yang mereka beroperasi.