Artikel

Kerja Secara Fleksibel Tidak Sesuai Untuk Semua Industri – Persatuan Perniagaan

Permintaan aturan kerja yang lebih fleksibel dilihat sekadar boleh dilaksanakan pada industri tertentu sahaja, ia tidak dapat dilakukan secara menyeluruh pada pasaran ekonomi Malaysia.

Melihat pada usul itu, Persatuan PKS Malaysia pada laporan TheStar menyatakan negara ketika ini berdepan kekurangan pekerja yang kritikal khususnya melibatkan sektor pembangunan. Pelaksanaan aturan fleksibel sekadar menjejaskan lagi produktiviti pengeluaran pasaran negara. 

Tidak hanya itu kumpulan perniagaan seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) turut sependapat bahawa keperluan fleksibel adalah terhad serta kebanyakan firma kekal memerlukan pekerja di lapangan. 

Sekiranya usul ini dilaksana secara menyeluruh, kumpulan perniagaan melihat ia berpotensi memberi kesan kepada rantaian bekalan dan harga di pasaran. Maka ketersediaan semua majikan diperlukan pada aturan kerja yang lebih fleksibel ini.

Seperti yang umum ketahui Timbalan Menteri Sumber Manusia kini memaklumkan Aturan Kerja Fleksibel boleh dipohon melalui pindaan Akta Kerja 1995 yang akan dikuatkuasa bermula 1 September 2022 kelak.

Melalui Aturan Kerja Fleksibel ini, para pekerja boleh melakukan permohonan secara bertulis kepada majikan, meliputi perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan juga tempat bekerja.

Sebarang keputusan hanya diketahui dalam tempoh 60 hari permohonan.