Artikel

RM900 Juta Untuk Perkasakan Sistem Imigresen Negara – Sasar Lebih Moden

Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa aturan telah dilaksanakan pentadbiran negara pada pembangunan tempatan – antaranya agenda memperuntukkan RM900 juta untuk memodenkan sistem imigresen Malaysia.

Langkah sejak minggu lalu itu telah diperincikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) – di mana ia tidak hanya memodenkan sistem bahkan dana tersebut turut memenuhi keperluan Jabatan Imigresen negara.

Tindakah membarui ini adalah usaha pentadbiran untuk memastikan sistem imigresen negara kekal relevan selari dengan perkembangan teknologi semasa, melibatkan penerapan peranti berhubung (IoT), analisis data serta kecerdasan buatan (AI).

Mengikut perancangan terdapat 61 projek fizikal dan bukan-fizikal akan dilaksanakan. Di mana berdasarkan laporan, usaha naik-taraf ini antaranya melibatkan pembinaan Kompleks Imigresen, membangunkan sistem pelepasan automatik, membarui pintu masuk negara serta beberapa perancangan lain.