Artikel

Starbucks Tutup Cawangan Ketiga Di Vietnam – Berdepan Kesukaran Rundingan Harga Sewa

Walaupun Starbucks memiliki sasaran tersendiri untuk meluaskan jenama mereka di seluruh dunia, namun tidak semua pasaran negara menyambut baik langkah tersebut.

Terbaharu, Starbucks kini alami kesukaran dalam mengembangkan jejaknya pada pasaran Vietnam susulan kesulitan dalam rundingan harga sewaan premis di negara tersebut. Setakat ini, ia telah mengalami 3 penutupan cawangan kopinya, cawangan ketiga yang bakal ditutup kelak adalah pada 30 Jun ini, di Hanoi.

Mengikut makluman Ketua Pegawai Eksekutif Vietnam Patricia Marques – kesulitan yang didepani tidak akan mematahkan semangat kumpulan mereka untuk meningkatkan pemasaran dalam jenama Starbucks.

Pihaknya kini merancang mengalihkan tumpuan pemasaran di bahagian bandar baru Vietnam dan bercadang meluaskan ruang ambil-sendiri minuman kepada pelanggan. Ini kerana berdasarkan pemerhatian, pelanggan Vietnam lebih cenderung laksana pesanan dan terus mengambilnya – berbanding memasuki premis cawangan menikmati minuman tersebut.

Setakat ini, Starbucks Vietnam memiliki sekitar 78 cawangan. Jumlah ini lebih kecil berbanding pesaing kopi lain di pasaran negara tersebut.