Artikel

Kadar Faedah Pinjaman Mungkin Naik Lagi

Negara bermula bulan hadapan, dijangka akan berdepan kemungkinan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekurang-kurangnya sekitar 25 mata asas susulan lonjakan inflasi semasa.

OPR yang menjadi penanda aras pada faedah pinjaman negara turut akan disasarkan mengalami peningkatan yang sama. Pemerhatian Juwai IQI Global pada laporan ini berlaku, susulan tekanan penyusutan mata wang global telah mendorong kepada kawalan untuk mengurangkan tekanan inflasi dunia.

Berikutan ini, terdapat jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan kadar OPR sebagai tindak-balas pengukuhan kepada pasaran kewangan tempatan akan situasi ekonomi semasa.

Walaupun kenaikan kadar tersebut masih tidak menentu, orang awam perlu sedari kadar inflasi tempatan kini di paras 2.8% setakat Mei 2022. Peningkatan ini didorong hasil lonjakan inflasi makanan kepada 5.2% – tertinggi sejak November 2011. Di mana 93% item makanan telah merekodkan peningkatan.

Maka semua pihak perlu bersiap sedia akan sebarang kemungkinan berlaku sekiranya kadar faedah mulai meningkat pada bulan hadapan.