Artikel

ShopBack Meraih Suntikan Dana Baharu Berjumlah RM352 Juta

ShopBack kini mengumumkan mereka telah meraih suntikan dana baharu berjumlah $80 juta (~RM352 juta) yang diterajui oleh Asia Partners.

Suntikan dana baharu ini akan membolehkan ShopBack terus membangunkan produk baharu, selain mengukuhkan lagi kedudukan mereka di rantau Asia Pasifik.

Bagi yang tidak mengenali akan ShopBack, ia merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna mendapat ganjaran dan wang kembali atas pembelian. Baru-baru ini, mereka turut telah mengambil-alih firma BNPL (Bayar Nanti, Pakai Lekas), serta terus mengukuhkan kedudukan dalam arena edagang.