Artikel

PM : Kadar Muflis Dalam Kalangan Belia Membimbangkan, Akan Kaji Semula Undang-Undang

Perdana Menteri hari ini berkongsi mengatakan kadar muflis dikalangan belia membimbangkan, apatah lagi dengan kadar jumlah kes muflis melibatkan belia yang semakin meningkat.

Mengikut angka terbaru yang dikongsikan, antara 2018 sehingga Mei 2022 lepas, sekitar 46,132 individu diklasifikasikan muflis secara menyeluruh tanpa mengira umur. Dan kadar muflis disebabkan oleh kegagalan membayar pinjaman peribadi adalah salah satu kategori yang agak besar.

Perdana Menteri mengatakan kerajaan akan kaji semula undang-undang melibatkan muflis, dalam usaha mengatasi masalah ini.

Sebelum ini, kerajaan pernah tingkatkan nilai ambang muflis daripada RM50,000 kepada RM100,000, selain turut tangguhkan tindakan undang-undang ketika pandemik lepas.