Artikel

Rakyat Malaysia Menjamu Lebih 303 Juta Kilogram Durian Pada 2020

Grab kini hadir dengan promosi khusus untuk penawaran durian melalui GrabMart. Selari dengannya, Grab turut berkongsi beberapa perkara menarik berkaitan durian dan Malaysia.

Menyentuh mengenainya, Grab mengatakan rakyat Malaysia menjamu lebih 303 juta kilogram buah durian pada 2020 lepas. Ini menjadikan buah durian adalah buah kedua paling tinggi dinikmati rakyat Malaysia.

Menduduki tangga pertama adalah buah kelapa, dengan lebih 790 juta kilogram dijamu pada tahun sama.

Buah-buah lain yang turut popular dikalangan rakyat Malaysia adalah pisang, nenas, tembikai, mempelam dan juga jagung.