Kerajaan kini mengumumkan mereka tidak akan menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.
Dengan pengumuman terbaru ini, rebat 2 sen/kWj akan dikekalkan kepada semua pengguna domestik, dan tiada sebarang surcaj dikekalkan.
Kerajaan akan terus komited untuk menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.