Artikel

Kajian Tempoh Bekerja 4 Hari Seminggu Sedang Dijalankan Di Malaysia

Timbalan Menteri Sumber Manusia kini turut berkongsi mengatakan kajian telah dan sedang dijalankan melibatkan tempoh bekerja empat hari dalam seminggu.

Kajian ini sedang dijalankan melibatkan sama ada majikan berdepan kesan yang teruk sekiranya ia dilaksanakan pada masa hadapan, disamping turut melibatkan produktiviti pekerja.

Mengikut pemantauan awal, ia dikatakan tempoh empat hari bekerja tidak mengurangkan prooduktiviti pekerja.

Perkongsian terbaru ini hadir daripada Timbalan Menteri Sumber Manusia, lanjutan daripada komen pakar ekonomi, mengatakan Malaysia belum bersediia laksana tempoh bekerja empat hari seminggu, kerana faktor produktiviti yang rendah.