Artikel

Pekerja Boleh Mohon Bekerja Secara Fleksibel Kepada Majikan, Bermula September

Timbalan Menteri Sumber Manusia kini berkongsi mengatakan Aturan Kerja Fleksibel boleh dipohon melalui pindaan Akta Kerja 1995 yang akan dikuatkuasa bermula 1 September 2022 kelak.

Melalui Aturan Kerja Fleksibel ini, para pekerja boleh melakukan permohonan secara bertulis kepada majikan, meliputi perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan juga tempat bekerja.

Dan seterusnya, majikan perlu memberi jawapan kepada pekerja secara bertulis sama ada bersetuju atau menolak permohonan berkenaan dalam tempoh 60 hari. Majikan juga perlu memberi alasan mengapa permohonan ditolak.

Pada masa yang sama, akta kerja ini juga akan membawa perubahan kepada jumlah waktu kerja mingguan kepada 45 jam, disamping lanjutan cuti bersalin sehingga 98 hari.