Artikel

7-Eleven Ingin Buka Sehingga 150 “7CAFe” Pada Tahun 2022 Ini

7-Eleven Malaysia kini telah mula melalui perubahan, daripada kedai serbaneka biasa, kepada bentuk keadi kafe yang menawarkan makanan dan minuman.

Dinamakan sebagai 7Cafe, buat masa ini, mereka telah membuka 7Cafe yang paling besar di Malaysia di Puchong – yang turut menyertakan bukan sahaja kafe, tetapi juga konsep kedai buku mini hasil kerjasama dengan BookXcess, serta bahagian-bahagian lain termasuk untuk kecantikkan dan penjagaan diri.

Pada hari ini, 7-Eleven mengatakan terdapat sekitar 28 7CAFe di Malaysia, dan mereka menyasarkan untuk membuka antara 100 ke 150 7CAFe pada tahun 2022 ini.

Setiap 7CAFe dijangka menelan belanja sekitar RM550,000 untuk pembukaan.