Pada tanggal 23 Jun 1967, Dewan Rakyat telah meluluskan sebuah Rang Undang-undang Perusahaan yang dibentangkan oleh YB Encik V. Manickavasagam selaku Menteri Buruh setelah dibahaskan dengan hebat antara penyokong kerajaan dan ahli-ahli pembangkang.
Menurut beliau, peraturan-peraturan baru bagi mengiktiraf kesatuan-kesatuan sekerja untuk mengelakkan kesengsaraan yang berpanjangan merupakan beberapa perkara yang meliputi Rang Undang-undang ini.
Bukan sekadar itu, Rang Undang-Undang ini turut melarang tindakan mogok oleh pekerja-pekerja atau dasar ‘tutup pintu’ oleh majikan tentang soal pengiktirafan kesatuan kerja.
Selain itu, turut dinyatakan di dalam Undang-undang ini adalah cara-cara baru untuk kemukakan tuntutan dan perjanjian antara majikan dengan kesatuan.
Dewan Rakyat pula diberitahu bahawa Mahkamah Perusahaan akan ditubuhkan bagi menyelesaikan sebarang konflik yang timbul antara majikan dan pekerja setelah lulusnya Rang Undang-undang ini,
Mengulas lebih lanjut tentang Mahkamah Perusahaan, segala keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Perusahaan akan dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi dalam bentuk semakan kehakiman dan bukannya dalam bentuk rayuan.
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia juga telah ditubuhkan bertujuan untuk memupuk dan memelihara hubungan positif diantara majikan dan pekerja.
Untuk makluman pembaca, setakat tahun 2020, bilangan kes bagi Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia meningkat daripada 374 kes berbanding pada tahun 2019 sebanyak 304 kes.