Artikel

Ladang Koko Pintar Seluas 100 Hektar Dibangunkan

Pasaran koko Malaysia sememangnya memiliki permintaan tersendiri apabila berupaya menghasilkan nilai eksport pada 2021 dengan nilai RM7 bilion.

Berikutan prestasi yang membrangsangkan itu, pembangunan pasaran koko negara dilihat memiliki potensi untuk diperkasakan. Terbaharu Lembaga Koko Malaysia (LKM) bersama Genbayu Gemilang kini telah mencapai kesepakatan membangunkan ladang koko pintar seluas 100 hektar di Mukim Sentul – Negeri Sembilan.

Usaha ini akan menjadikan projek tersebut sebagai perladangan koko pintar pertama yang terbesar di negara dan memenuhi kriteria melibatkan ESG iaitu tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat.

Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia, pembangunan ladang koko pintar ini akan tersedia dengan pelbagai kemudahan teknologi dan ia akan meningkatkan produktiviti pengeluaran koko negara.

Buat pengetahuan umum, kesepakatan ini telah dicapai sejak Mac lalu – di mana sekitar RM15 juta peruntukan akan disalurkan pada pembangunan ladang pintar koko tersebut.