Artikel

Grab Malaysia Tawar Bonus Pendaftaran RM1,000 – Buat Rakan Pemandu Baharu

Bagi merancakkan kembali arena seru-pandu negara, Grab Malaysia kini menawarkan bonus pendaftaran sehingga RM1000 untuk individu yang berdaftar selaku rakan pemandu baharu bersama mereka.

Langkah itu dilihat bertepatan akan peningkatan permintaan semasa, berikutan pembukaan ekonomi negara yang semakin aktif ketika ini.

Pelaksanaan ini telah bermula sejak 1 Jun lalu sehingga 31 Julai kelak – usaha ini seiring dengan misi Grab untuk mencapai semula kapasiti rakan pemandu seperti era sebelum pandemik. Setakat Mei, bilangan rakan pemandu Grab masih kurang daripada 70% berbanding kapasiti sebelum pandemik berlaku.

Maka adanya penawaran baharu ia tidak sekadar melengkapkan tenaga Grab tetapi turut membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda serta bekerjaya untuk meningkatkan hasil pendapatan dalam arena ekonomi gig. Pada masa yang sama dapat memenuhi permintaan para pengguna tempatan.