Axiata, firma telekomunikasi Asia kini mencatatkan satu lagi peristiwa penting menerusi pengambilalihan gabungannya sebanyak 66.03% kepentingan pada Link Net iaitu penyedia utama jalur lebar dan TV kabel di pasaran Indonesia – dengan nilai RM2.63 bilion.
Peralihan kepentingan ini memperlihatkan gabungan Axiata Investments (Indonesia) dan XL Axiata masing-masing akan memiliki pegangan 46.03% dan 20%.
Susulan perolehan itu, ia secara langsung menandakan kepentingan ekuiti Axiata pada Link Net yang dipegang melalui kedua gabungan tersebut ialah 58.33%. Ini menunjukkan pelaksanaan tawaran tender mandatori (MTO) bagi memiliki baki 33.97% kepentingan ekuiti pada Link Net akan dilaksanakan.
Berdasarkan usul MTO, ia dijangka selesai pada suku ketiga 2022 kelak.
Maka menerusi penyelesaian ini, ia secara langsung mengukuhkan kedudukan kumpulan selaku penyedia digital pada rantau Asia dalam penyampaian khidmat telekomunikasi.
Seperti yang umum ketahui, adanya sokongan Link Net yang berkhidmat pada 2.9 juta isi rumah di Indonesia – ia bakal memberi manfaat kepada Axiata dalam memperluaskan jejak jenamanya dengan lebih baik.