Artikel

Perkhidmatan Feri Desaru-Singapura Bakal Beroperasi – Mulai 7 Julai Ini

Tidak lama lagi rakyat negara bersama penduduk Singapura bakal menerima manfaat kemudahan baharu – iaitu perkhidmatan feri secara terus antara Terminal Feri Tanah Merah (TMFT) di Singapura dan Terminal Feri Pantai Desaru (DCFT) di Johor, Malaysia.

Kemudahan ini dilaporkan akan mula beroperasi mulai 7 Julai kelak.

Makluman ini telah mencapai kelulusan antara Batamfast Pte dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada 21 Jun lalu. Kesepakatan itu akan memperlihatkan Batamfast bertindak selaku pengendali perkhidmatan feri yang dilantik oleh Desaru Link Ferry Services.

Untuk makluman pelaksanaan ini turut mendapat kelulusan dari Lembaga Pelabuhan Johor dan Jabatan Laut Malaysia pada pengendalian tersebut. Difahamkan perkhidmatan ini akan beroperasi selama 90 minit pada setiap perjalanan dan mampu menampung sekitar 330 kapasiti penumpang.

Adanya kemudahan ini ia berupaya meningkatkan eksosistem perniagaan kedua negara dan merancakkan lagi pasaran buruh.

Bagi makluman pengguna, jualan tiket feri ini akan mula tersedia di laman web Desaru Coast dan Batamfast pada 30 Jun ini. Bagaimanapun tidak dinyatakan paras harga tiket.