Artikel

Kerajaan Larang Penjaja Meniaga Di Bahu Jalan KL Semasa Waktu Puncak Pagi Dan Petang

Kerajaan kini berkongsi sejumlah perkara dalam mengatasi masalah kesesakkan lalu-lintas yang semakin meningkat akhir-akhir ini. Antara langkah yang diambil serta-merta adalah termasuk menghalang kenderaan berat di jalan pada waktu puncak.

Disamping itu, untuk jangka masa sederhana, keputusan diambil untuk melarang kenderaan parkir di bahu jalan semasa waktu puncak, serta akan batalkan petak-petak parkir secara berperingkat di jalan-jalan utama.

Kerajaan juga melarang penjaja meniaga di bahu jalan semasa waktu puncak pagi dan petang, serta akan batalkan petak penjaja secara berperingkat terutama di bahu jalan-jalan utama.

Beberapa langkah lain turut diambil adalah termasuk akan mengemaskini papan tanda berkaitan lalulintas, dan menguatkuasa larangan kenderaan berhenti di petak-petak kuning persimpangan.

Kerajaan juga turut mengumumkan yang mana DBKL sedang melakukan kajian teliti terhadap sistem lampu isyarat di Kuala Lumpur, dan persisir Kuala Lumpur untuk mengawal pergerakan trafik dengan lebih selari.