Artikel

22 Jun 1995 –Timbalan Perdana Menteri Ingin Malaysia Jadi Hab Pasaran Modal Terkemuka

Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah mengumumkan beberapa langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pasaran modal serantau terkemuka pada tanggal 21 Jun 1995. 

Antara langkah yang dikemukakan termasuklah pengurangan kos urus niaga dan duti setem, kelulusan yang lebih cepat untuk terbitan saham baharu dan penstrukturan semula korporat serta keperluan yang kurang ketat untuk penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Menurutnya, adanya langkah baru ini, organisasi besar seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Berhad, bank dan agensi amanah utama boleh memainkan peranan yang lebih aktif dalam pasaran saham

Bukan sekadar itu, langkah membebaskan masyarakat itu juga melibatkan pembukaan pasaran saham tempatan untuk penyertaan yang lebih besar oleh syarikat pengurusan dana asing, badan pelaburan dan lebih banyak syarikat tersenarai awam dan syarikat broker.

Untuk pengetahuan pembaca, pasaran saham Malaysia pernah menjadi yang terbesar di Asean, ke-5 terbesar di rantau Asia-Pasifik dan ke-15 terbesar di dunia dari segi permodalan pasaran.

Sehubungan itu, Dato Seri Anwar Ibrahim juga mempunyai rancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pasaran modal Islam antarabangsa yang terkemuka. 

Untuk makluman, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), setakat tahun 2021, pasaran modal domestik telah berkembang sebanyak 3.0% kepada RM3.5 trilion berbanding RM3.4 trilion pada tahun 2020. Dan Malaysia dijangka akan terus berkembang tahun ini.