RPG Commerce, salah satu syarikat memfokuskan edagang di Malaysia, hari ini mengumumkan telah meraih suntikan dana berjumlah RM127 juta.
Pada hari ini, RPG Commerce mempunyai beberapa jenama dibawah mereka, termasuk Bottoms Lab, Thousand Miles, Montigo dan juga Cosmic Cookware.
RPG memfokuskan penawaran produk terus kepada pengguna, sekaligus membolehkan ia ditawarkan pada harga lebih kompetitif, disamping mengekalkan margin keuntungan yang baik.
Suntikan dana baharu ini dijangka akan digunakan dalam terus menambah baik teknologi dan pembangunan, selain terus memperluaskan portfolio produk dan jenama dibawah mereka.