Artikel

Rakyat Usah Keliru, Subsidi Minyak Masak Berpaket Masih Dikekalkan – PM Ismail

Pada sidang media yang sama, Perdana Menteri Ismail Sabri turut menjelaskan akan kekeliruan berhubung pemansuhan minyak masak berbotol semalam (21 Jun).

Menurutnya kerajaan masih mengekalkan subsidi minyak masak berpaket dengan jumlah RM4 bilion pada tahun 2022 buat semua rakyat Malaysia.

Manakala isu pemansuhan minyak masak berbotol bagi 2kg, 3kg dan 5kg pula ia adalah program bersifat sementara sahaja – yang sebelum ini dilaksanakan untuk membantu meringankan beban rakyat ketika pandemik COVID-19.

Maka kerajaan melihat tiada keperluan, tanggungan subsidi minyak berbotol diteruskan – susulan negara kini ke arah fasa endemik.