Artikel

Malaysia Airlines Semak Keperluan Naikkan Kadar Surcaj Bahan Api

Ketidaktentuan ekonomi dan kenaikan minyak dunia yang telah melepasi $130 setong – kini telah mendorong Malaysia Airlines untuk meneliti dan mengkaji semula pengenaan kadar surcaj bahan api mereka.

Penelitian ini bermakna terdapat kemungkinan kadar surcaj bahan api Malaysia Airlines dinaikkan. Tindakan ini dianggap satu keperluan buat jenama untuk memperkasakan prestasi kumpulan.

Sebelum ini pihaknya telah mengenakan surcaj bahan api dengan kadar $8 iaitu RM35.17 dalam kalangan negara Asean, bermula pada beberapa bulan lalu.

Setakat ini mengikut laporan, Malaysia Airlines tidak memiliki sebarang tempoh pada makluman kadar surcaj bahan api baharu itu, pihaknya masih menyemak dan akan mencapai kesepakatan mengikut kemampuan pengguna.