Artikel

Setelah Beroperasi Hampir 50 Tahun – Restoran Jumbo Ditenggelamkan

Restoran Jumbo, sebuah restoran terapung mewah masakan kantonis kini telah ditenggelamkan di Kepulauan Paracel – setelah beroperasi hampir 50 tahun sejak 1976 buat pelanggan dunia.

Penutupan restoran tumpuan pelancong antarabangsa di Hong Kong ini telah diduga – susulan masalah kewangan yang dihadapinya sejak 10 tahun lalu dan dianggarkan mengalami kerugian lebih RM56 juta. Kemerosotan ini diitambah pula akan krisis ekonomi yang melanda ketika berlakunya pandemik COVID-19, dua tahun lalu.

Malah kos penyelenggaraannya yang tinggi, turut menyukarkan lagi penstrukturan semula restoran disebabkan kerosakan kemasukan air pada sturuktur.

Dilaporkan kedalaman air pada restoran telah melebihi 1,000 meter, ia menyulitkan lagi proses menyelamat restoran tersebut, maka pihak pengurusan merelakan tindakan menutup operasi.