Carsome, pengendali jualan kereta terpakai secara atas talian di Asia Tenggara kini diperkatakan akan menangguhkan rancangan penyenaraiannya di Singapura dan Amerika Syarikat (AS).
Situasi ini berlaku disebabkan kebimbangan akan sentimen pasaran ekonomi pada masa ini yang dilihat boleh menjejaskan penilaian syarikat.
Bagaimanapun mengikut laporan Bloomberg, wakil startup teknologi tersebut masih tidak berkongsikan sebarang maklum-balas akan isu ini.
Seperti yang umum sedari, kadar faedah yang lebih tinggi diselangi dengan aliran pertumbuhan yang perlahan telah menjejaskan sentimen pasaran dunia dan sekaligus menjejaskan aturan jualan saham.
Berdasarkan prestasi terbaharu – Carsome telah memiliki penilaian $1.7 bilion pada pusingan siri E dan telah melengkapkan pemerolehan iCar Asia pada tahun ini. Seterusnya pihaknya juga memiliki lebih 8,000 rakan peniaga dan mengendalikan lebih 100,000 transaksi setiap tahun melangkaui pasaran di di Malaysia, Indonesia, Thailand serta Singapura.