Artikel

Singapura Salur Pakej Bantuan S$1.5 Bilion – Bantu Rakyatnya Tangani Tekanan Kos

Bagi memastikan kebajikan rakyat berpendapatan rendah terus dilindungi – kerajaan Singapura hari ini (21 Jun) mengumumkan penyaluran dana bantuan berjumlah RM4.76 bilion (S$1.5 bilion) kepada penduduknya.

Penyaluran dana ini antaranya akan memperlihakan sekitar 1.5 juta rakyat Singapura yang berkelayakan terima bantuan seperti baucar GST Khas sehingga RM952 (S$300) pada Ogos kelak.

Selain itu, bantuan kemudahan bersasar lain turut akan dilakukan – seperti memberi Kredit Utiliti Isi Rumah bernilai sekitar RM317 (S$100) untuk menampung pembayaran bil bagi setiap keluarga.

Malah segmen perniagaan turut menerima manfaat di sebalik agihan dana ini seperti bantuan one-off serta geran dalam menambah baik kecekapan peralatan tenaga perniagaan.

Singapura melihat langkah ini berupaya menyokong rakyatnya menyesuaikan kembali perbelanjaan serta mengukuhkan segmen ekonomi negara mereka tatkala tekanan inflasi semakin meruncing.