Artikel

Malaysia Jangka Terima 4.5 Juta Pelancong Luar Negara – Bagi Tahun 2022

Pembukaan ekonomi telah membantu Malaysia merancakkan kembali arena pelancongan negara, apabila menyasarkan akan menerima 4.5 juta ketibaan pelancong asing bersama keuntungn RM11.1 bilion, tahun ini. 

Peningkatan jumlah itu didorong hasil pembukaan semula sempadan pada 1 April, di mana 2 juta pelancong asing adalah disumbangkan hasil pembukaan tersebut.

Mengikut MOTAC, perincian bagi jumlah pelancong antarabangsa dari bulan-ke-bulan kini menunjukkan April dengan rekod 567,299 pelancong, diikuti Mei 1.03 juta pelancong dan bagi Jun pula setakat 17 Jun mencatatkan seramai 773,925 pelancong asing tiba di negara. 

Sekiranya aliran ini terus positif, ini tidak hanya membantu sektor pelancongan negara tetapi turut menyokong sektor kawasan ekonomi lain dalam menjana pertumbuhan negara.