Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memperlihatkan penurunan pada jumlah pendapatan pelaburan mereka, apabila mencatatkan RM15.85 bilion bagi suku pertama 2022 lebih rendah, berbanding rekod RM19.29 bilion pada suku pertama 2021.
Penurunan ini berlaku susukan kemerosotan pada pasaran global meliputi kesan kenaikan kadar faedah dan inflasi menyebabkan pulangan lebih rendah pada bon dan ekuiti berlaku.
Namun pihaknya mengakui, meskipun berlaku penurunan – pendapatan daripada ekuiti menjadi penyumbang utama pada pendapatan KWSP dengan perolehan RM10.46 bilion iaitu 66% daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar.