Artikel

Risiko Stagflasi Kini Meningkat Di Peringkat Global, Termasuk Malaysia – Bank Dunia

Stagflasi, atau digambarkan sebagai situasi memperlihatkan berlakunya inflasi tinggi sambil didorong aliran pertumbuhan negara yang perlahan – kini sedang meningkat di paras global dan berpotensi memberi risiko kepada negara ekonomi pendapatan rendah dan sederhana iaitu termasuklah di pasaran Malaysia.

Bank Dunia melalui dapatan Prospek Ekonomi Global Jun 2022, melihat pertumbuhan global telah menurun pada awal tahun ini, di mana berbanding 2021, pertumbuhan mencatatkan paras 5.7% kini dianggarkan menurun kepada 2.9% pada 2022.

Ini jauh lebih rendah berbanding sasaran pertumbuhan pada Januari 2022 iaitu 4.1%.

Maka negara berpendapatan rendah diberi peringatan untuk kekal bersedia akan cabaran ekonomi semasa, ini kerana untuk tangani stagflasi seperti yang berlaku pada 1970-an – kadar faedah telah dinaikkan secara mendadak dan tindakan itu mendorong kepada kemelesatan global dan keperluan penggunaan fiskal yang lebih besar terpaksa dilaksanakan oleh buat semua negara untuk atasi isu ini.