Artikel

62% Pekerja Malaysia Lebih Memilih Kebebasan Masa, Berbanding Bekerja 4 Hari Seminggu

Tatkala usul untuk melaksanakan tempoh bekerja selama 4 hari seminggu semakin mendapat perhatian di pasaran buruh Asia Tenggara – berbeza dengan Malaysia, apabila 62% pekerja negara lebih menginginkan fleksibiliti atau kebebasan masa berbanding minggu bekerja yang pendek (48%).

Tinjauan Qualtrics secara jelas memaparkan faktor fleksibiliti menjadi pendorong utama untuk syarikat untuk mengekalkan para pekerjanya (66%) berbanding menawarkan tempoh bekerja 4 hari seminggu (50%) di Asia Tenggara.

Situasi ini berlaku susulan cara bekerja mula berbeza dalam tempoh 2 tahun disebabkan pandemik COVID-19, maka penerimaan pekerja dalam menyesuaikan kaedah bekerja mereka mulai berubah.

Buat pengetahuan umum, fleksibiliti yang diminta pekerja terbahagi kepada beberapa permohonan, antaranya;

  • 33% meminta keseimbangan dan kebebasan dalam menentukan jam bekerja
  • 24% ingin bekerja di mana-mana lokasi
  • 19% ingin memilih hari bekerja
  • 18% ingin pekerjaan dinilai menerusi prestasi bukan sekadar waktu bekerja

Manakala bagi idea tempoh bekerja selam 4 hari pula, pekerja negara sentiasa terbuka dengan cadangan tersebut namun terdapat beberapa kebimbangan yang disuarakan, seperti

  • 68% menjangkakan masa bekerja akan lebih panjang
  • 62% pelanggan akan kecewa akan tempoh perkhidmatan pendek
  • 65% jangka prestasi syarikat akan terjejas

Meskipun tinjauan ini tidak secara menyeluruh, Qualtrics melihat ia sebagai gambaran awal untuk para majikan dan pentadbiran negara melaksanakan pelbagai bancian lebih terperinci untuk memahami kesukaran sebenar pekerja dalam pasaran buruh semasa.