Artikel

Berjaya Food Maklum Tiada Kenaikan Harga – Masih Berupaya Serap Kos

Berjaya Food, pengendali jenama makanan disebalik Starbucks, Kenny Rogers Roasters, Jollibean dan Sala bagi pasaran tempatan – kini memaklumkan pihaknya tidak bercadang untuk menaikkan harga produk jualan.

Setakat ini, syarikat masih mampu menyerap lonjakan kos disebabkan ketidaktentuan ekonomi global dan akan kekal bertahan untuk suatu tempoh tertentu.

Menurut Datuk Sydney Quays, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pihaknya buat masa ini tertumpu kepada pengurangan kos dalaman, langkah ini dilihat lebih efisien, disamping membantu tidak membebankan perbelanjaan pengguna pada produk mereka.

Selain tindakan itu, terbaharu Berjaya Food telah melaksanakan kerjasama dengan Paris Baguette Singapore untuk meluaskan cawangan kedai bakeri di seluruh negara.

Berdasarkan sasaran awal, sekitar 50 cawangan akan diperluaskan dalam tempoh 10 tahun. Untuk makluman kedua-dua pihak memegang 50% kepentingan pada kesepakatan ini dan masing-masing akan laksana pelaburan RM15 juta pada kerjasama tersebut.