Wahed Invest hari ini mengumumkan mereka telah meraih suntikan dana sebanyak $50 juta, sekaligus menilaikan syarikat kewangan islamik mereka pada nilai sekitar $300 juta.
Dengan dana pelaburan baharu ini, ia dijangka akan membantu Wahed dalam terus memperluaskan perkhidmatan, selain melancarkan bank digital pada platform mereka kelak.
Pada hari ini, Wahed Invest mempunyai sekitar 300,000 pelanggan dari sejumlah negara, termasuk Malaysia, US dan juga UK. Kita mungkin akan melihat pemasaran dan pembangunan lebih drastik selepas dana pelaburan baharu ini pada Wahed.