Artikel

Minum Kopi Berpotensi Dorong Pengguna Berbelanja Lebih Tinggi – Kajian

Jika anda ingin keluar membeli-belah atau berbelanja, anda diberi peringatan untuk tidak meminum kopi berkafein sebelum memulakan langkah tersebut.

Saranan ini mengikut kajian University of South Florida mendapati sekiranya pengguna minum kopi berkafein sebelum keluar ke kedai untuk berbelanja, ia diperhatikan akan memberi kesan kepada pemilihan produk sewaktu pembelian berjalan kelak.

Menurut tinjauan, kafein memliki rangsangan tinggi – di mana ia akan membebaskan dopamin di dalam otak, dan perkara itu akan membawa kepada ransangan kepada minda dan badan.

Ia sekaligus membawa kepada keadaan tubuh badan bertenaga lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan impulsif serta mengurangkan kawalan diri pengguna.

Kesannya ini akan membawa kepada perbelanjaan lebih besar dalam kalangan pengguna.

Buat pengetahuan umum, tinjauan ini telah dilaksanakan ke atas 300 pembeli dengan menawarkan minuman kopi percuma kepada mereka. Separuh minuman kopi yang ditawarkan mengandungi 100mg kafien, sementara separuh lagi minuman pula adalah tanpa kafien (decaf) atau air biasa.

Dan setelah selesai melaksanakan pembelian mereka, perkongsian resit pembelian telah dilaksanakan kepada penyelidik. Ternyata individu yang minum kopi mengandungi kafien berbelanja lebih tinggi berbanding minuman decaf.

Perbelanjaan lebih tinggi ini merangkumi 50% lebih wang digunakan dan membeli lebih 30% barangan daripada apa yang diinginkan.

Melihat pada kajian ini, ternyata ia sesuatu yang menarik untuk pengguna tempatan. Di Malaysia sahaja menurut AIA, secara purata individu minum 2.5 cawan kopi sehari dan persoalannya adakah ini memberi kesan yang baik pertumbuhan Malaysia? Diharapnya begitu, namun sila pantau perbelanjaan anda dikala situasi kenaikan kos sedang berlaku di negara kita.