Artikel

MINISO Labur RM1.5 Juta Pada Cawangan Premium Di Malaysia

MINISO, kedai barangan kediaman dan keperluan pengguna kini terus melebarkan jejaknya di negara apabila mula melancarkan cawangan pertama flagship di Malaysia – bersama pelaburan RM1.5 juta.

Berdasarkan perincian laporan, pelaksanaan konsep kedai baharu yang bertempat di Setia City Mall ini dirujuk sebagai MINISO 3.0 ini adalah untuk beri tumpuan kepada golongan muda dan kumpulan yang celik akan teknologi.

Apa yang membezakan antara kedai utama dan kedai MINISO yang lain ialah penawaran bahagian jualan mainannya. Di mana pengguna boleh mendapatkan pelbagai mainan yang tidak akan dapati di kedai MINISO yang lain. Ia turut hadir dengan keluaran produk di bawah koleksi MINI Family, MINISO.

Buat pengetahuan, bahagian produk mainan merangkumi 20% daripada ruangan jualan produk di cawangan. Dan selain penawaran produk itu, MINISO turut memperluaskan bahagian jualan wangian kepada pengguna.

Melihat pada nilai pelaburan tersebut, pelaksanaan itu dijangka berpotensi memberi pulangan kepada jenama dalam tempoh 2 tahun mendatang iaitu menjelang 2024.