Artikel

Golongan Muda Bakal Terima Peruntukan Khas Pada Bajet 2023

Generasi muda sememangnya menjadi tunjang kepada pertumbuhan negara di masa hadapan, maka bagi menjamin pemerkasaan tersebut – kumpulan ini akan menjadi antara tumpuan utama Bajet 2023 kelak.

Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan negara – terdapat peruntukan khas akan ditawarkan kepada kumpulan ini pada pembentangan belanjawan, pada Oktober tahun ini.

Meskipun tidak memperincikan jenis peruntukan yang dilaporkan – namun ia dilihat terarah kepada penawaran modal untuk generasi muda merancakkan arena perniagaan negara.

Selain itu, turut digarisskan pelbagai program serta kursus akan disertakan untuk meningkatkan penyertaan golongan muda dalam landskap perniagaan Malaysia.