Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memantau, sekitar 80% penduduk Sri Lanka terpaksa mencatu keperluan mereka dan mengikat perut – susulan tidak berupaya memperolehi makanan yang mencukupi.
Krisis tersebut berikutan ketidakmampuan mereka membeli keperluan tersebut.
Lebih membimbang, terbaharu kerajaan Sri Lanka mula mengarahkan pejabat serta sekolah mereka ditutup selama 2 minggu.
Ini kerana sebahagian besar pengangkutan awam di Sri Lanka telah berhenti operasi kerana tidak dapat melunaskan bayaran minyak yang diimport.