Artikel

Maybank2U Kini Memudahkan Anda Tambah-Nilai Talian Prabayar Di Indonesia, Dan Singapura

Maybank kini menambah sebuah ciri baharu pada platform perbankan atas-talian mereka, Maybank2U – iaitu kebolehan tambah-nilai talian mudah-alih di negara lain, atau dinamakan “International Mobile Reload”.

Melalui perkhidmatan baharu ini, para pengguna Maybank2U boleh tambah-nilai talian mudah-alih di negara Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam secara percuma tanpa caj tambahan.

Untuk melakukan tambah nilai, anda hanya perlu ke halaman “Pay & Transfer”, dan seterusnya pilih “Reload”, dan pilih “Mobile Prepaid (International)”.