Artikel

Pakistan Minta Rakyatnya Kurangkan Minum Teh Untuk Selamatkan Ekonomi

Kerajaan Pakistan kini meminta rakyat mereka kurangkan meminum teh dalam memastikan ekonomi negara berkenaan terus kekal selamat.

Untuk makluman, Pakistan merupakan pengimport terbesar teh di dunia, dan membeli teh bernilai lebih berbilion ringgit dalam bentuk pinjaman. Setiap import teh turut membawa kepada tekanan kewangan pada kerajaan Pakistan.

Pakistan dilihat menghadapi kadar tekanan ekonomi agak tinggi, termasuk membawa kepada peningkatan harga makanan dan juga bahan api. Kadar simpanan rizab kewangan negara berkenaan juga menurun dari bulan ke bulan.

Walaubagaimanapun, langkah kerajaan Pakistan mengumumkan perkara ini turut membawa kepada reaksi berbeza daripada rakyat-rakyat negara tersebut, termasuk ada yang perli langkah umumkan pengurangan meminum teh ini.