Bagi anda yang membeli pelbagai barangan elektronik, mungkin sedia mengenali akan logo Sirim, dimana logo Sirim bermaksud sesuatu produk telah melalui pensijilan dan menawarkan kualiti mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Selain peranti, ia turut telah diperluaskan meliputi pelitup muka – dan kini Sirim mengatakan mereka akan melaksanakan pensijilan untuk durian Musang King.
Dengan langkah ini, Sirim dijangka membantu dalam menjamin kualiti, disamping turut menstabilkan harga jualan buah tersebut. Pensijilan ini juga dijangka akan mengurangkan keperluan pelbagai dokumentasi berbeza apabila mengeksport ia keluar negara.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah pensijilan Sirim untuk durian ini akan diimplementasikan.