Zaman kini, rumah pangsa merupakan kawasan perumahan yang didiami oleh kaum berbilang bangsa. Tapi tahukah anda, dahulu ia dianggap sebagai perkara yang asing untuk orang Melayu tinggal di rumah pangsa?
Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail telah melakukan satu lawatan ke rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di Jalan Pekililing, kawasan perumahan di Kampung Datuk Keramat Tambahan dan Shah Alam serta ibu pejabat perbadanan itu di Petaling Jaya pada tanggal 17 Jun 1971.
Menurutnya, apabila orang Melayu dan bukan Melayu di kawasan bandar tinggal di rumah pangsa, ia akan membantu untuk menyatukan mereka.
Bukan hanya itu, ini membuktikan yang tanggapan terhadap Melayu tidak boleh tinggal di perumahan pangsa adalah salah, malah mereka gembira tinggal di situ.
Sehubungan itu, seorang penghuni rumah pangsa, Che Aminah Puteh memberitahu Tun Dr Ismail yang dia berasa lebih selamat dan sanitasi lebih baik di situ walaupun tidak dapat menanam ubi kayu, pisang mahupun menternak ayam.
Untuk makluman, pada tahun 2000 hingga tahun 2010, data telah menunjukkan peningkatan jumlah unit perumah jenis pangsa, apartmen dan kondominium daripada 12.6% kepada 19.9%. Lebih 50% yang direkodkan adalah di W. P. Kuala Lumpur dan W.P. Putrajaya. Berkemungkinan data semasa adalah lebih tinggi, bagaimanapun tiada maklumat terkini untuk jumlah unit perumahan ini.