Bukan kumpulan pendapatan rendah sahaja terpaksa berhijrah untuk penuhi keperluan mereka, tetapi segelintir kumpulan jutawan di seluruh dunia juga – dilaporkan ingin berhijrah dari satu negara kepada negara lain.
Mengikut tinjauan Henley & Partners situasi itu berlaku berikutan aliran politik yang tidak seimbang, faktor kadar jenayah, meninjau peluang perniagaan serta peningkatan cukai yang tinggi terpaksa didepani golongan kaya ini.
Berdasarkan pemerhatian – sekitar 88,000 jutawan dunia terlibat, dijangka ingin berpindah ke negara lain.
Manakala mengikut perincian negara – Amerika Syarikat (AS) menjadi negara yang kurang digemari untuk dihuni dalam kalangan jutawan. Ini kerana ketidaksepakatan dalam politik menyebabkan negara tersebut tidak dijadikan pilihan utama.
Selain AS, kumpulan jutawan Rusia turut antara yang memiliki hasrat tinggi untuk berhijrah. Ia disebabkan konflik bersama Ukraine menyebabkan ketenteraman kumpulan ini terjejas.
Sementara negara yang menjadi pilihan untuk dihuni oleh kumpulan jutawan pula, terdiri daripada Emiriyah Arab Bersatu, Australia, Singapura dan Switzerland.